Jumaat, Jun 04, 2010

Ya Allah...Berikan hidayahMu pada hamba-hambaMu untuk bersolat.

Sembahyang merupakan tiang agama. Semua orang tau...tapi kenapa ada yang tidak melaksanakan....sedihla....Dalam islam, sekiranya seorang muslim meninggal dunia, penghormatan terakhir adalah solat. Berikut merupakan sabda nabi yang sahih tentang solat.

1) Hendaklah kamu bersegera menunaikan sembahyang sebelum luput waktunya.
2) Yang terkahir apa yang kekal ke atas manusia ialah sembahyang.
3) Perbezaan di antara kami (orang-orang Islam) dengan kafir adalah sembahyang.
4) Sesungguhnya orang-orang mukmin hemahnya menunaikan sembanhyang, berpuasa dan beribadah, sedangkan orang-orang munafik hemahnya semata-mata makanan dan minuman sahaja seperti binatang.
5) Tanda keimanan ialah sembahyang dan sesiapa mengkhusyukkan hatinya kepada sembahyang serta memelihara batasan sembahyang maka ia adalah mukmin sejati.
6) Tiap-tiap satu ada tandanya dan tanda iman adalah sembahyang.

Sembahyang difardukan dengan cara menjemput Nabi SAW naik ke langit pada malam Isra' Mi'raj untuk menerima khas daripada Allah. Betapa istimewanyanya solat.Marilah kita sama-sama tidak meninggalkan solat. Betapa wajibnya solat hingga tidak mampu berdiri boleh duduk, baring, terlentang hingga hanya menggunakan isyarat mata....

Tiada ulasan: