Ahad, Mei 30, 2010

Kasih seorang abang....


Naluri seorang adik amat tersentuh melihat gambar ini...gambar ni daripada emel yang di'foward' dari abangku...Buat abangku Mohd Bahrin Bakri....huhu...aku tau ko sayang aku....aku pun "saaayaaang abang"....

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Rabu, Mei 26, 2010

Meredakan kegelisahan


Pada suatu masa, seorang lelaki mendatangi sahabat nabi yang bernama Abdullah Bin Masud dan berkata , "Wahai ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang." Abdullah bin Masud menjawab, "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama , ke tempat orang membaca Quran tidak kira sama ada kamu mengikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah, dan

Ketiga , kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam. Pada masa itu, kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadanya supaya diberikan ketenangan dan kedamaian hatimu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih belum tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang bukannya hatimu."

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Quran dengan penuh khusyuk seperti yang dinasihatkan Abdullah Bin Masud. Selesai membaca Quran, didapati jiwanya tenang, fikirannya jernih dan kegelisahan yang melanda hilang sama sekali.. Kita hayati firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153
" Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar."

Selasa, Mei 25, 2010

Nasihat Luqman yang wajar dicontohi

Dalam surah Luqman, nasihat-nasihat ini amat patut kita ikuti dalam mendidik anak kita :

1-"Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah keranan sesungguhnya syirik adalah perbuatan yang zalim" [13]

2- "Wahai anakku, tegakkanlah solat. Wahai anakku, ajaklah kepada makruf dan cegahlah kemungkaran dan bersabarlah terhadap apa jua yang menimpamu". [17]

3- "Whai anakku, janganlah kamu palingkan mukamu daripada manusia lantaran sombong dan dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggkakan diri. Dan bersikap sederhanalah kamu semasa berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai". [18-19]

Apabila anak Luqman bertanya " Wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik, apakah perkara asas yang perlu dimiliki?"

Jawab Luqman "Agama".

Si anak bertanya lagi, "Jika dua perkara?"

Luqman menjawab, "Agama dan harta".

Si anak bertanya lagi, "Jika tiga perkara?"

Luqman menjawab, "Agama, harta dan malu".

Si anak bertanya lagi, "Jika empat perkara?"

Luqman menjawab, "Agama, harta, malu dan akhlak yang mulia".

Si anak bertanya lagi, "Jika lima perkara?"

Luqman menjawab, "Agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah".

Si anak bertanya lagi, "Jika enam perkara?"

Jawab Luqman, "Wahai anakku, apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada individu itu, orang itu adalah insan yang bersih lagi bertaqwa. Allah memeliharanya dan beliau terselamat daripada hasutan syaitan".

Selasa, Mei 18, 2010

Pengemis Buta dan Rasulullah S.A.W

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,

Siapakah kamu?

Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Sahabat sekalian, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Ibu Bapa Bukan Liabiliti



Saya ingin berkongsi emel yang saya terima dpd saudara kandung, Mohd Bahrin. Menarik cerita ni untuk kita hayati. Saaayaaang mak abah!!!

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :



"
Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi
!

Isnin, Mei 17, 2010

Saat menhadapi ujian dan dugaan.

Perkara ini telah saya amalkan dan saya yakin dengan apa yang saya amalkan. Ketika kita berasa susah, samada dari sudut kewangan, buntu fikiran, hal-hal sekeliling, kerja amalkan surah An-Nasyrah atau juga dikenali Ash-Syrah. Janji Allah dalam surah ini yang bermaksud :

Bismillahirrahmanirrahim..

[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ahad, Mei 16, 2010

Ketahui pintu-pintu syaitan menguasai manusia.

Menurut Imam Ghazali, antara pintu yang sering digunakan syaitan untuk menyerang dan merosakkan hati manusia :


  1. Perasaan marah.
  2. Nafsu syahwat.
  3. Perasaan tamak dan dengki.
  4. Kenyang.
  5. Cinta kepada perhiasan dan harta.
  6. Bergantung kepada manusia lain.
  7. Gopoh gapah dan nafsu terburu-buru.
  8. Cinta kepada emas dan wang ringgit.
  9. Sikap kedekut dan bakhil.
  10. Fanatik mazhab dan kelompok.
  11. Berfikir berkenaan zat, sifat dan af'al atau perbuatan Allah tanpa ilmu.
  12. Sikap mudah buruk sangka terhadap orang Islam lain.

Hikmah mengucap Lailahaillah.


LAILAHAILLALLAH


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari
mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung
hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang
menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam
tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.. Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT
menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut
supaya memberitahu burung-burung supaya diam.. Apabila perintah itu
diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai
malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi
dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".
Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang
yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah
aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat
itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan
menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan
tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan
mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan
segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah
sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap
Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya
tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap
kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari
kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selasa, Mei 11, 2010

Lelaki yang bakal ke NERAKA...

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan
dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan
mahram,apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim
(solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaj a dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di
akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal
dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan
ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang
atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API
NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN
BATU-BATU....."

Duhai wanita, kasihankan ayah kita, suami kita, abang-abang
serta anak-anak lelaki kita...kesiankanlah mereka dan diri
kita sendiri.....jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Moga kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Pesanan daripada Dr Fadillah Kamsah


Assalammualaikum .....

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan .... dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,
mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada
mak suruh buat macam itu ...


Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak .... so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...


Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok
perempuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa k ... dan saya sendiri akui kesannya ..... makin umur
kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu ..


Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya .. dan mak kata jugak,
pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ... dan guru saya
pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka
... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian
berganti-ganti bacakan doa lepas solat ... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...


Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali .... tak caya try buat ... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur
rupa-rupanya .... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all
those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who
listen to him directly ...


Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam ... Terima Kasih,

Sudahkan kita bersedekah hari ini???

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir.. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur..

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Ke mana roh kita???

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W :

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.