Ahad, Disember 26, 2010

Muflis di akhirat

Dipetik dpd Ustaz Syed Nurhisham

Sabda Rasulullah SAW:: "Orang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yg dibangkitkan di akhirat kelak bersama2 dgn pahala solat, puasa dan zakat yg pernah dilakukan di dunia. Namun dia juga membawa dosa MEMAKI HAMUN ORG LAIN, MEMFITNAH, MEMAKAN HARTA ORG, MENUMPAHKAN DARAH DAN MEMUKUL ORANG.Waktu perbicaraan, diambil pahalany dan dibayar kpd mangsa-mangsa tersebut, sekiranya habis pahalanya,diambil pula dosa si mangsa lalu dibebankan kepadanya(si muflis) dan dihumbankan ke neraka!!". Riwayat Abu Hurairah.

Apabila diteliti dosa kelima-lima di atas adalah berkaitan dgn hubungan sesama insan:
1- Memaki hamun orang lain hanyalan kepuasan sementara tetapi bahananya menanti di akhirat.
2-Memfitnah juga mendatangkan keseronokan apabila mangsa fitnah dibenci masyarakat atau dikenakan tindakan di dunia, tp pastinya pemfitnah menyesal apabila terpaksa membayar pahalanya kpd si mangsa nanti.
3-Memakan harta seperti menipu,pecah amanah,mencuri, merampas dan sebagainya
4/5-Para samseng, pembunuh pastinya orang yang paling layak menjadi muflis di akhirat kelak.

Elakkan diri menjadi muflis di akhirat:
1-Tidak melakukan dosa terhadap orang lain.
2-Sekiranya pernah melakukan, mohon maaf daripada si mangsa ketika di dunia.

Astagfirullah...sama-sama kita hayati. Sekiranya pernah kita memaki hamun pemimpin, bagaimana kita hendak berjumpa dengan mereka untuk meminta ampun...moga Allah ampunkan dosa-dosa ku...

Rabu, Disember 22, 2010

Mendekatkan Diri Kepada Allah dengan Berzikir

Berzikir boleh dilakukan dengan cara :
1. Mengingat Allah dalam hati.
2. Menyebut nama-nama Allah dengan lisan berdasarkan perintah Allah melalui Al-Quran dan sunnah Rasulullah.

Berzikir merupakan pengakuan bahawa kita perlu memahami dan menyakini akan kebesaran Allah SWT :-
-- Tasbih : Subhanallah
Lailahaillallah

-- Tahmid: Alhamdulillah

-- Takbir : Allahu Akhbar

-- Quddus: Quddus

-- Hawqallah : Lahaulawalaquataillabillah

--Hasbiyallah: Hasbiyallah

-- Basmallah: Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan berzikir, selain mendekatkan diri kita kepada Allah, ia juga membantu:
1. Meluruskan akal fikiran seseorang.
2. Menghindarkan diri daripada menyimpang dengan petunjuk yang Allah beri.
3. Ingat kepada kekuasaan Allah SWT yang terbentang di bumi dan cakrawala.
4. Mewujudkan keimanan yang lebih mantap dan akidah yang kuat dalam diri.
5. Ketika kita melafazkan zikir dengan khusyuk melalui bibir, hati dan fikiran, maka kita mampu menghubungkait peranan otak dalam pendekatan Islam.
6. Otak yang selalu mengingat Allah SWT akan menghubungkan kehendak diri dengan kehendak Allah, maka selalu berzikir akan dapat memberikan fikiran yang positif sesuai dengan ketentuan Allah.
7. Jika kita mampu berfikiran positif, maka kita dapat menzahirkan akhlak yang positif.

Lakukan zikir dengan khusyuk dan memahami setiap lafaz itu, inshaAllah membantu memantapkan keimanan kita,

Firman Allah , Surat al-Kahfi ayat 28 bermaksud:
"Dan janganlah engkau turut orang yang kami lalaikan hatinya dari mengingat Kami dan ia memperturutkan hawa nafsunya, kerana itu adalah pekerjaan yang melampaui batas"

Rujukan : Panduan Munajat Qiyamullail oleh Ustaz Rajab Hj Selamat