Ahad, Julai 11, 2010

Menjelang Sya'ban

Assalamualaikum...Buat pertama kali aku menghadapi kekeliruan tarikh 27 Rejab tahun ini...di mana silapnya??? Namun setelah aku belek Kementrian Hal Ehwal Brunei(Memula JAKIM) aku yakin sabtu,10 Julai 27 Rejab...bukan sekadar menghayati namun tarikh ini penting sebagai umat ISLAM,sbb ini kalendar ISLAM...

Berakhirlah Rejab 1431 dan menjelang Sya'ban...berikut merupakan fakta tentang bulan Sya'ban...

Syaaban (29 Julai 2010-maknanya Rejab ada 29 aje) adalah bulan kelapan dalam kalendar Islam.

Syaaban ertinya berpecah-belah dan bulan ini dinamakan sedemikian kerana suku-suku Arab berpecah-belah pergi mencari air. Dalam bulan ini telah terjadi peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peralihan Kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka'bah di Masjidil Haram.
Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan Rejab dan Ramadhan yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah di dunia dan di akhirat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud, dari Aisyah radhiallahu 'anha kira-kira bermaksud:

"Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadhan".


Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan ini ialah bersedekah, bersembahyang sunat, bertasbih, memohon keampunan daripada Allah subhanahu wa ta'ala, berwirid dan lain-lain amalan yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah.

Nisfu Sya'ban

Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali radhiallahu 'anhu katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: terjemahannya:


"Apabila tiba malam pertengahan Sya'ban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya allah subhanahu aw ta'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: "Siapa yang memohon keampunan makan Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu.....adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah subhanahu wa ta'ala) sehinggalah terbitnya fajar subuh."

Mari kita sama-sama perbanyakan amal kita,sementara nadi masih berdenyut....

Selasa, Julai 06, 2010

Nabi Muhammad berkata tentang Doa

  • Usamah bin Zaid melaporkan, katanya "Nabi Muhammad SAW pernah berkata, 'Sesiapa yang menerima budi daripada orang lain(pemberian) lalu berkata si pemberi Jazakallahu Khairan (Semoga Allah membalas kebaikanmu), maka dia sudah memuji si pemberi dengan baik sekali.' **Direkodkan oleh Tarmizi
  • Jabir melaporkan katanya, "Nabi Muhammad SAW pernah berkata,'Jangan sekali-kali saudara mendoakan sesuatu yang tidak baik bagi diri saudara sendiri,anak2,saudara atau harta saudara, kerana apabila doa itu diucapkan kebetulan tepat Allah sedang menerima doa , maka dikabulkan Allah doa saudara itu'.**Direkodkan oleh Muslim
  • Abu Hurairah melaporkan katanya , "Nabi Muhammad SAW berkata , 'Doa orang Islam itu sentiasa diterima , asalkan dia tidak mendoakan dosa atau terputusnya hubungan kekeluargaan, selama dia tidak terburu'. Beliau ditanya lagi 'Wahai Rasulullah, apakah makna terburu-buru?' Lalu beliau menjawab, 'Apabila orang yang berdoa itu berkata , "Saya sudah berdoa tetapi tidak diterima", kemudian dia menyesal dan tidak berdoa lagi'. ** Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
  • Abu Umaimah berkata,"Nabi Muhammad SAW pernah ditanya,'Doa waktu bilakah yang lebih didengar dan dikabulkan oleh Tuhan?' dan Nabi SAW menjawab, 'Doa pada waktu tengah malam dan selepas selesai bersembahyang wajib'.**Direkodkan oleh Tarmizi dan sahih