Selasa, Jun 15, 2010

Proses pereputan mayat kembali ke tanah

Bahan untuk saya kongsi ini dipetik dari buku PERSIMPANGAN SELEPAS KEMATIAN-Syurga atau Neraka oleh Abdul Salam Al Kudri

Proses awal :
Sebaik jantung berhenti mengepam darah, darah akan termendak ke bahagian paling bawah tubuh. Ia dibantu faktor tarikan graviti. Anggota badan menjadi merah unggu pada bahagian bawah dan pucat memutih bahagian atasnya. Kulit dan otot-otot mulai mengendur dan suhu jasad menurun. Proses fisiologi berhenti bekerja.

Proses pertengahan:
Selepas 2 - 6 jam, otot akan mula mengeras didahului otot mata dan diikuti otot-otot yang lain. Mayat menjadi keras.
Selepas 2 - 4 hari, otot yang keras mulai mengendur. Mayat mulai berbau busuk. Masa ni minyak wangi ratus2 dah tak guna dahhh...

Proses penguraiana dan pereputan berlaku.
Bahagian paling awal membusuk dan terurai ialah bahagian perut iaitu usus besar. Warna kehijauan timbul. Ini kerana segala bakteria bersama najis bertindak mereputkan usus besar. Warna kehijauan ini akan merebak ke saluran abdomen, dada dan paha. Seterusnya menjadi gelap kehitaman. Perut mengembung dan pecah (dapat bayangkan???serius nih). Mata akan tersembul keluar akibat tekanan gas (tindak balas bakteria dalam usus kecil)..hurmm...

Proses akhir:
Selepas 7 hari kematian, kulit tubuh akan menjadi kemerahan seperti terkena api dan tertanggal dengan mudah.
Selepas 3-4 minggu kuku, rmabut dan gigi akan tanggal satu persatu. Proses pereputan terus berlaku dimana otot-otot terpisah daripada tulang. Ia berlanjutan di mana otot2 dan organ tubuh hancur sedikit demi sedikit.

Ulat dan cacing membantu proses pereputan. Faktor kimia tanah juga memainkan peranan. Begitu juga suhu.

Setelah 2 tahun, yang tinggal hanya tulang dan untuk menghancurkan tulang memakan masa bertahun2.

Nahhh...inilah proses kita kembali ke tanah...Tapi mayat yang diawet tak dapat lah kembali ke tanah, begitu juga bg kawasan glasier....

Humm...cuba bayang wajah2 yang cantik macam ratu, kalau jadi mayat sanggup ke kita tatap...dengan badannya terurai, mata terkeluar.

Hanya insan terpilih yang dikehendaki Allah sahaja jasadnya utuh tidak reput. AllahuAkbar..





Tiada ulasan: