Khamis, Jun 03, 2010

Pecahan Iman

Menurut Ibnu Hajar iman itu terpecah kepada 69 pecahan. Ini berpandukan hadis riwayat Abu Hurairah. Setiap perkara yang dilakukan kadang-kadang berbentuk pekerjaan hati, pekerjaan lidah dan pekerjaan badan.

Pekerjaan Hati : Percayakan Allah; Malaikat; Rasul-Rasul; Nabi-Nabi; Kitab; Hari Akhirat; Qada' dan Qadar dan lain-lain hingga dua puluh empat pecahan.

Pekerjaan Lidah [7]:
1. Berlafaz dengan kalimah tauhid
2. Membaca Al-Qur'an
3. Belajar dan mengajar ilmu pengetahuan
4. Berdoa
5. Berzikir
6. Beristigfar
7. Menjauhkan perkataan-perkataan yang sia-sia.

Pekerjaan Badan terdapat 38 pecahan. Sebahagian daripadanya adalah perkara yang boleh dilihat dengan panca indera iaitu 16 perkara:
1. Bersuci zahir dan batin.
2. Menjauhkan diri dpd kekotoran shar'i.
3. Menutup aurat.
4. Sembahyang fardhu dan sunat.
5. Berzakat.
6. Memerdekakan hamba.
7. Pemurah.
8. Menghormati tetamu.
9. Berpuasa fardhu dan sunat.
10.Mengerjakan haji dan umrah.
11.Tawaf.
12.Iktikaf.
13.Menjaga agama.
14.Menunaikan nazar.
15.Tidak melanggar sumpah.
16.Menunaikan kifarah(denda).

Sebahagiannnya pula dengan cara ikutan:
1. Memelihara diri dengan berkahwin.
2. Menunaikan tanggungjawab terhdapa keluarga.
3. Berbakti kepada ibu bapa/penjaga.
4. Menjaga anak-anak dan silaturrahim.
5. Taat kepada ketua (berlandaskan syariah).
6. Lemah lembut kepada hamba-hamba.

Sebahagiannya pula berhubung dengan masyarakat umum:
Adil; Bergaul dengan masyarakat;Taat kepada pemimpin; Mendamaikan orang yang bersengketa; Memelihara hak jiran; Berjihad; Menjaga sempadan negeri; Menunaikan amanah dan membahagikan ghanimah; Baik tutur kata; Mencari harta dengan jalan baik; Membelanjakan harta pada jalan baik; Tidak membazir; Menjawab salam; Bersin dengan mengucap "Yarhamkallah/Yarhamkillah(perempuan)"; Tidak menyakiti hati orang lain; Menjauhkan perkara sia-sia; Menghilangkan bahaya di jalan raya.

Dipetik dari buku Rukun Iman Oleh Abdul Jalil Hj Borhan

Tiada ulasan: