Isnin, Jun 07, 2010

Tanda-tanda ketauhidan

Di antara tanda-tanda bahawa kita bertauhid adalah ketika anda disakiti orang lain dan anda memiliki beberapa sikap terhadap mereka, antara lain;

Pertama - Memaafkan
Ini merupakan bukti ketulusan hati terhadap perilaku orang yang menyakiti. Kemudian membalasnya dengan kebaikan. Caranya, kita mulai dengan menahan marah(yang ni aku baru belajar...huhu..teruknya aku) yakni jangan menyakiti orang yang pernah menyakiti kita. Kemudian maafkan segala-galanya dan seterusnya ihsan, membalas kejahatan dengan kebaikan....setakat ni mmg boleh dikira org yang aku pernah jumpa mcm ni....

Kedua - Keyakinan terhadap qadha'
Kita harus menyedari bahawa ia tidak menyakiti kita kecuali itu merupakan qadha' dan qadar Allah. Sedangkan seorang hamba hanyalah perantaraan terjadinya sesuatu sementara yang menetapkan dan menentukan hanya Allah. Oleh itu, berserah diri dan tunduk kepada Pelindung kita.

Ketiga - Penghapusan dosa
Kita harus menyedari kejahatan yang dilakukan orang lain terhadap diri kita adalah sebagai penebus dosa kita, penghapus kesalahan lalu, pelebur kekhilafan dan sebagai peninggi darjat manusia.

Keempat - Munculnya kesedaran terhadap kekurangan diri
Menyedari bahawa segala perkara yang menyakitkan diri tidak mungkin ditimpakan atas diri kita melainkan akibat dosa yang telah kita lakukan.

Kelima - Memuji dan bersyukur kepada-Nya
Kena kita diciptakan untuk dizalimi, bukan menzalimi.

Keenam - Bersikap kasih dan sayang terhadap orang yang menyakiti
Orang yang terus menyakiti orang lain dan lancang berbuat dosa secara terangan menyakiti seorang muslim, sememangnya memerlukan kasih sayang, kelembutan dan pertolongan.

Dipetik dpd buku Jangan Bersedih 2...hurm...patutlah sesetengah orang tu kalau ada orang buat tak baik dia berkata, "Biarkan" atau "Tak apa"....baru aku sedikit mengerti....Alhamdulillah Allah tunjukkan perkara ini...Syukur Ya Allah...

Tiada ulasan: