Selasa, Julai 06, 2010

Nabi Muhammad berkata tentang Doa

  • Usamah bin Zaid melaporkan, katanya "Nabi Muhammad SAW pernah berkata, 'Sesiapa yang menerima budi daripada orang lain(pemberian) lalu berkata si pemberi Jazakallahu Khairan (Semoga Allah membalas kebaikanmu), maka dia sudah memuji si pemberi dengan baik sekali.' **Direkodkan oleh Tarmizi
  • Jabir melaporkan katanya, "Nabi Muhammad SAW pernah berkata,'Jangan sekali-kali saudara mendoakan sesuatu yang tidak baik bagi diri saudara sendiri,anak2,saudara atau harta saudara, kerana apabila doa itu diucapkan kebetulan tepat Allah sedang menerima doa , maka dikabulkan Allah doa saudara itu'.**Direkodkan oleh Muslim
  • Abu Hurairah melaporkan katanya , "Nabi Muhammad SAW berkata , 'Doa orang Islam itu sentiasa diterima , asalkan dia tidak mendoakan dosa atau terputusnya hubungan kekeluargaan, selama dia tidak terburu'. Beliau ditanya lagi 'Wahai Rasulullah, apakah makna terburu-buru?' Lalu beliau menjawab, 'Apabila orang yang berdoa itu berkata , "Saya sudah berdoa tetapi tidak diterima", kemudian dia menyesal dan tidak berdoa lagi'. ** Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
  • Abu Umaimah berkata,"Nabi Muhammad SAW pernah ditanya,'Doa waktu bilakah yang lebih didengar dan dikabulkan oleh Tuhan?' dan Nabi SAW menjawab, 'Doa pada waktu tengah malam dan selepas selesai bersembahyang wajib'.**Direkodkan oleh Tarmizi dan sahih

Tiada ulasan: