Selasa, Mei 25, 2010

Nasihat Luqman yang wajar dicontohi

Dalam surah Luqman, nasihat-nasihat ini amat patut kita ikuti dalam mendidik anak kita :

1-"Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah keranan sesungguhnya syirik adalah perbuatan yang zalim" [13]

2- "Wahai anakku, tegakkanlah solat. Wahai anakku, ajaklah kepada makruf dan cegahlah kemungkaran dan bersabarlah terhadap apa jua yang menimpamu". [17]

3- "Whai anakku, janganlah kamu palingkan mukamu daripada manusia lantaran sombong dan dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggkakan diri. Dan bersikap sederhanalah kamu semasa berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai". [18-19]

Apabila anak Luqman bertanya " Wahai ayahku, apabila manusia ingin menjadi baik, apakah perkara asas yang perlu dimiliki?"

Jawab Luqman "Agama".

Si anak bertanya lagi, "Jika dua perkara?"

Luqman menjawab, "Agama dan harta".

Si anak bertanya lagi, "Jika tiga perkara?"

Luqman menjawab, "Agama, harta dan malu".

Si anak bertanya lagi, "Jika empat perkara?"

Luqman menjawab, "Agama, harta, malu dan akhlak yang mulia".

Si anak bertanya lagi, "Jika lima perkara?"

Luqman menjawab, "Agama, harta, malu, akhlak yang mulia dan pemurah".

Si anak bertanya lagi, "Jika enam perkara?"

Jawab Luqman, "Wahai anakku, apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada individu itu, orang itu adalah insan yang bersih lagi bertaqwa. Allah memeliharanya dan beliau terselamat daripada hasutan syaitan".

1 ulasan:

alin berkata...

good advice sis!